Wednesday, December 28, 2011

kerja pramugari

Ramai yang bertanya, kerja pramugari itu bagaimana?

Anda munkin selalu menaiki pesawat dan melihat dengan sendiri tugas kerja pramugari dan anda berpendapat yang kerja tersebut cuma melayani penumpang, menyediakan makan dan minum dan lain lain kemudahan semasa terbang. Pendapat anda tidak lah salah kerana begitu lah yang dilakukan oleh mereka. Tetapi tugas mereka lebih luas dari itu.

Pramugari adalah krew yng semestinya ada didalam penerbangan, sekiranya jumlah penumpang lebih dari 19 orang. Jadi untuk pesawat kecil, seperti jet koporat atau kapalterbang yang penumpangnya kurang dari 19, tidak wajib, mengikut air navigation order, dari segi undang undang mempunyai pramugari. Bagi kapal yang besar, setiap pintu harus ada seorang menjaganya. Kalay B737 ada 4 pintu, kurang kurang mesti ada 4 pramugari. Peraturan yang lain, setiap 50 orang mesti ada seorang.
Anatara kerja pramugari ia lah menjaga keselamatan penumpang semasa perjalan biasa dan didalm kecemasan. Mereka semenangnya dilatih mengadapi detik detik genting seperti mendarat kecemasan di darat atau di laut. Kami masih ingat semasa berkerja dibahagian latihan MAS, bagaimana latihan kecemasan itu di buat. Kami mempunyai mock up, kapal terbang tiruan siap dengan peralatan simulasi, seperti kebakaran dan pendaratan sewaktu malam. Sebuah kolong bernang saiz olimpik di bina di pusat latihan untuk melatihan pramugari mnggunakan peralatan kecemasan didalam air.

Di antara kerja pramugari ialah memastikan peralatan kecemasan ada dan berfungsi. Mereka dilatih menggunakan oxigen kecemasan, baik dari botol kecil atau dari sistem pesawat. Munkin ramai yang tidak tahu mereka cekap menggunakan first aid, seperti suntikan kecemasan, melahirkan bayi di udara dan menggunakan peralatan untuk serangan jantung.

Selain itu pramugari juga harus memastikan bekalan cukup, minuman nya, makanan nya, selimut dan lain lain. Mereka harus melayan penumpang dengan baik dan pihal syarikat berharap penumpang akan kembali terbang dengan syarikat tersebut.

Demikian lah secara rengkas kerja pramugari. Banyak lagu tugasan mereka tidak disebut dan akan diceritakan dalam posting yang lain.

No comments:

Post a Comment