Monday, October 31, 2011

kerjaya sebagai jurutera pesawat

Anda juga berpeluang mengikuti kerjaya yang berupaya menjana pendapatan tinggi ialah kerjaya sebagai jurutera pesawat di MAS atau AirAsia. Mereka berkerja membaiki kapal terbang dan juga peralatan dan component yang diguna pakai. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan yang dibenarkan membaiki pesawat.

MAS lebih suka melatih engineer nya sendiri. Munkin ini lebih memudahkan syarikat itu mengawal mutu pengambilan pekerja mahir tersebut. Pada masa ini prasyarat perkerjaan tersebut adalah lebih tinggi dari apa yang diperlukan oleh pehak berwajib.

Pra-syarat mengikuti kursus jurutera pesawat adalah seperti berikut...

a. SPM dengan kredit yang tinggi untuk pelajaran Inggeris, BM, Maths dan Fizik

b. Fasih berbahasa inggeris

c. Sihat tubuh badan dan mental

Arah Kerjaya jurutera pesawat


Kerjaya anda bermula sebagai seorang pelatih. Selepas 5 tahun anda akan dilantik sebagai jurutera berlesen dan kerjaya akan boleh meningkat seterusnya.

ANGGARAN PENDAPATAN SEBAGAI ENGINEER MAS.
a. Permulaan kerja semasa anda melangkah kaki menjadi jurutera RM2,500
b. ElaunTechnical RM1,000 (1-5 tahun ), RM2,250 (5-10 tahun), RM3,300 (10 tahun)
c. Gaji lebih masa.
d. Elaun Lesen RM500 bagi satu lesen.
e. Elaun Uniform
f. Anggaran pendapatan bulanan RM5,000 – RM15,000

Lesen yang di terima sebagai jurutera pesawat dari Malaysian Civil aviation di iktiraf di negara luar dan ramai daripada engineer MAS mencari rezeki di negara di Timur Tenggah. Mereka menjana pendapatan 3 atau 4 kali dari pendapatan di Malaysia.

2 comments: