Tuesday, November 6, 2012

Malindo Air mengambil pekerja

Malindo Air mengambil pekerja, itu lah tajuk muka depan beberapa sk tempatan. Untuk memulakan operasi, syarikat telah mula mengambil kakitangan, dan 3000 pemohon telah mengunjungi pejabat untuk temuduga. Saya dapat bayangan, yang syarikat itu akan mengambil 'front-liners' yang berurus terus dengan penumpang. Mereka akan memerlukan...

- pramugari - tidak ada airline yang mengupah pihak ketiga untuk menjadi pramugari. Sebabnya wajah pramugari merupakan wajah company. Cara layanan dan services adalah tersendiri dan unik melambangan syarikat itu sendirri.

- juruterbang - petugas yang perlu untuk setiap airline. Ada juga yang menupah pekerja lain atau ousource, tetapi ianya untuk tempah jangka masa yang pendek, a short term solution. Dengan mengambil pekerja baru, munkin perbelanjaan kakitangan akan dapat dikurangkan.

- airport customer services - diperlukan untuk mengedalikan penumpang didalam airport - Ini boleh di - outsource, tetapi kalau volumeya tinggi, lebih baik mempunyai pekerja sendiri.

- Jurutera dan pekerja teknikal - banyak syarikat penerbangan yang mendapatkan perkhidamatan dari pihak ketiga, cuma yang pasti, Malindo harus mempunyai "core team" untuk menyelia contract dan menjaga kepentingan syarikat.

Beberapa minggu yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita 1300 orang juruterbang tanpa pekerjaan. Nampaknya nasib memihak kepada mereka, dan Malindo Air menyatakan cadangan untuk mengambil lebi kurang 600 juruterbang.

No comments:

Post a Comment